Friday, September 6, 2013

Sekecil kuman, sebesar gajah

Apa sahaja yang mengganggu fikiran kita, adalah perkara yang membawa kesan terhadap kehidupan kita.

Kecil atau besar kesannya, tetap jua meninggalkan corak terhadap aturan kehidupan seharian. Malah bisa tentukan rencana masa hadapan.

Jangan ambil mudah, jangan pula ambil terlalu rumit.

Sekecil kuman, sebesar gajah, adalah apa yang membentuk dunia. Hilang satu, hilanglah dunia.

Friday, July 5, 2013

Lagu

"Kau suka lagu-lagu catchy ya?" Teka Nisa setelah mendengar beberapa seleksi lagu yang saya utarakan. Kesemuanya lagu yang saya dahulukan sebagai kegemaran saya sepanjang zaman.

Ya, saya baru sedar akan hakikat ini setela
h begitu lama menjadi pendengar setia irama ciptaan manusia.

Benar sekali, dalam menilai lagu, melodi juga yang saya utama berbanding liriknya.

Saturday, May 11, 2013

Identiti

Untuk menjadi diri sendiri, sukar sekali. Tapi apa boleh buat. Kita semua perlu lalui semua ini, menjadi diri sendiri. Cuma masih ramai yang tegar mahu terus lakonkan watak yang dimahukan.

Kenapa?

Kerana mereka putus asa dalam usaha mencari jawapan kepada soalan,

"Siapa diri kita yang sebenarnya?"

Sunday, April 14, 2013

Mahu Tanpa Sedar

Pada rasa mahu yang dicipta nafsu ini, biarlah kekal selalu, biar kerap aku hanyut dalam angan-angan indah yang tak berkesudahan.

Astaga.

Sudah-sudahlah, ayuh jaga dari alpa oleh taksub indahnya dunia.

Dunia? Indah? Pada yang buta sahaja.