Saturday, November 14, 2015

Antara dua

Pernah atau tidak kalian berasa cemburu dan lega pada satu masa yang sama?

Aku pernah.

Bagaimana?

Bila, sewaktu aku cemburu, aku tersedar;

"Apa aku punya hak untuk berasa cemburu?"

Tuesday, September 23, 2014

Menjadi kuat

Hidup perlukan kekuatan.

Dan kekuatan, tidak mudah didapatkan.

Apatah lagi, senang pula menghilang saat sudah ditemukan.

Kekuatan; tidaklah ampuh, begitu rapuh, mudah meluruh.

Friday, July 4, 2014

Antara 3 bulan dengan 3 jam

"Aku bagi kau 3 bulan untuk belajar ilmu-ilmu ni".

Razil senyum. Arahan Tok Guru amatlah mudah. 3 bulan, 100 mukasurat ilmu-ilmu manusia yang perlu dihafal dalam minda. Lebih dari cukup.


1 bulan.


2 bulan.


3 bulan.


"Aku bagi kau 3 jam untuk luah balik apa yang kau dah belajar 3 bulan ni".

Razil cebik. Arahan Tok Guru begitu susah. 3 jam, 100 mukasurat ilmu-ilmu manusia yang perlu diingat dan disaring penuh cermat dan pantas untuk dicatat atas kertas. Jauh dari cukup.

1 jam.
2 jam.
3 jam.

Razil mengeluh. Jarinya lenguh. Beliau tarik nafas dalam. Hembus.

Arahan-arahan Tok Guru ini, tiada siapa berani membantah. Kalau ada pun, suaranya tenggelam timbul. Termasuk suara Razil sendiri.

Lepas 5 minit rungut sesal, Razil istighfar. Beliau ucap syukur semula. Beliau masih hidup di bumi bertuah. Bumi di mana amalan ini terus mekar buat 100 tahun seterusnya.

Friday, September 6, 2013

Sekecil kuman, sebesar gajah

Apa sahaja yang mengganggu fikiran kita, adalah perkara yang membawa kesan terhadap kehidupan.

Kecil atau besar kesannya, tetap jua meninggalkan corak terhadap aturan harian. Malah bisa tentukan rencana masa hadapan.

Jangan ambil mudah, jangan pula ambil terlalu rumit.

Sekecil kuman, sebesar gajah, adalah apa yang membentuk dunia. Hilang satu, hilanglah dunia.

Monday, August 8, 2011

Beri saya ini

Tentang cinta, satu sahaja yang saya pinta,

ucap luah kata suka, biarlah seikhlas jiwa.