Saturday, November 14, 2015

Menjadi Yang Paling Penting

I

Beberapa saat dan ketika yang lalu, aku terfikir;

"dunia ini tidak adil, kerana membeza-bezakan manusia pada kepentingannya."


II

Terutamanya dalam persahabatan.

Kita membeza-bezakan sahabat, mengikut siapa yang paling rapat.

Lebih rapat, lebih penting bagi kita sahabat tersebut.


III

Kemudian aku terfikir;

"dunia ini adil, kerana membeza-bezakan manusia pada kepentingannya. Kepentingan itu berbeza kerana ikhtiar masing-masing yang berbeza untuk membina kepentingan tersebut."


IV

Ikhtiar yang lebih tinggi, lebih tinggilah kepentingannya.

Bukankah itu namanya adil, membezakan berdasarkan usaha?


V

Saat dan ketika ini, aku memutuskan;

"menjadi nombor 1, bukanlah yang selayaknya untuk kamu."


VI

Kamu itu bukan kamu. Tapi aku.

No comments:

Post a Comment