Sunday, October 28, 2012

Diam yang lebih baik

Diam tanpa bicara itu lebih baik, daripada kamu bising bersuara, namun sekadar mengundang benci insan yang kamu sayangi.

Saya mohon, mahu jauh dari perkara ini. Sama sekali tolonglah jangan jadi begini.

Friday, August 3, 2012

Saya mahu pamer pada dunia yang saya sedang bahagia.

Mengapa?

Kerana saya mahu buktikan saya kuat, walau sedang dihimpit sesal paling perit.

Thursday, August 2, 2012

Tentang Hangat-Hangat Tahi Ayam

Saat rasa semangat hadir, kita teruja. Tatkala kita tersedar, lambat laun rasa semangat ini akan memudar juga, pastinya akan terjentik rasa hampa.

Namun, selagi rasa semangat ini selalu berkunjung, tidak kiralah betapa ia akan pudar jua akhirnya, apa salahnya bukan? Asalkan ia sering dan selalu hadir. Selagi itulah kita akan mara, selagi semangat masih ada baranya.

Semangat, selalulah berkunjung ya!